10 June, 2008

tagged by eireen and ainaa

A'kum n ello..

2 people tagged me already..
so i do it.

erin n ainun were the one who tagged me...
both of them tagged me the same thing..
so here it goes..

Saya perlu menjawab semua soalan in dalam bahasa melayu.
Baiklah.saya akan.

7 fakta tentang saya:
  1. Seperti yg anda tahu,saya adalah seorang penyokong Liverpool sepenuh
    masa.saya belum berjumpa lagi perempuan yg mempunyai keghairahan bola sepak
    terhadap Liverpool seperti saya.walaubagaimanapun,saya tahu,ada yang 2x5 seperti
    saya.
  2. saya juga seorang peminat DBSK and NEWS.siapakah mereka?Google ada.pegi
    check sendiri.
  3. saya adalah seorang yang suka membaca semua benda.buku cerita,surat
    khabar,ramuan koko krunch dan lain2 lagi.apa2 yang boleh dibaca,saya akan
    baca.itulah saya.
  4. saya mempunyai ibu tiri yang suka membebel dan adik angkat yang amat
    comel.noktah.
  5. saya suka melihat laki2.tetapi,selepas saya melihat mereka yang kacak2
    tersebut,saya akan mula berasa bosan.saya berasa hairan kenapa saya tidak berasa
    bosan jika melihat lelaki hodoh setiap hari.
  6. saya mahu telefon bimbit baru yang mempunyai 3G supaya saya tidak berasa
    rindu kepada ahli keluarga saya yg berada di shah alam.
  7. saya adalah seorang yang baik.noktah dan senyum sorang2.

7 perkara yang menakutkan saya

  1. saya takut apabila kemalangan terjadi terhadap kereta yang saya bawa.
  2. saya takut apabila Liverpool kalah.
  3. saya takut apabila melihat kawan saya memalukan dirinya.
  4. saya takut apabila saya melihat orang lain melakukan kerja yang
    menakutkan.
  5. saya takut apabila seorang penyanyi tiba2 sahaja bersuara sumbang.
  6. saya takut apabila seorang penghibur merasakan dirinya seorang yg
    menghiburkan,tetapi sebenarnye tidak.
  7. saya takut apabila mengangkat telefon kerana apa2 sahaja berita akan
    diterima.

7 lagu buat masa sekarang

  1. chris brown -with u
  2. rihanna and maroon5-[saya tidak tahu nama lagu tersebut]
  3. shinee-nuna [something]
  4. my best friend is hot [saya tidak tahu siapakah yang menyanyi lagu
    tersebut]
  5. NEWS-baby be my baby
  6. junjin-wa
  7. chris brown and rihanna-[ntah apakah nama tajuk lagunya]

(pelik tapi benar.disebabkan saya berada di pulau pinang,saya mendengar lagu
inggeris setiap hari)

7 perkara yang selalu saya sebut

  1. shoot
  2. shit
  3. damn
  4. bangang
  5. gile
  6. hello,hani!
  7. cak!

(ya.ya.saya mencarut dengan banyaknya)

7 perkara yang amat bernilai

  1. keluarga saya
  2. kawan2 saya
  3. telefon bimbit
  4. nescafe
  5. nyawa
  6. komik
  7. air

7 pertama kali dalam hidup

  1. tinggal berjauhan daripada keluarga.
  2. kehidupan di dalam asrama.
  3. konsert dbsk
  4. membuat 23 soalan matematik yg pelik dlm 1.5 hari non stop.berhenti hanya
    untuk makan,tido dan sembahyang.
  5. menelefon bapaku dan menangis kerana rindu.
  6. menghantar kad hari jadi kepada acu dan airina dan mak cik azah.
  7. petanque.

7 orang bertuah

  1. haniyana.
  2. ah soon
  3. nazmi
  4. kayshan
  5. noi
  6. alisa
  7. fatin aqilah

itu sahaja.

No comments: